Today, I had Mandarin as usual. Masuk kelas, duduk atas kerusi, keluarkan kertas-kertas yang diperlukan, dan pelajaran dimulakan.
It was fine. And then, I had Translation. We had to wait a bit because there was a class right before us and they still hadn't finished. When they had, we entered the classroom, and guess what? There were no chairs! Not a single chair! There were only desks, without the chairs! Boleh tak?! Dulu di sekolah tidak dibenarkan duduk atas meja, tetapi hari ini kami semua merasa duduk atas meja masa belajar. Best? Mula-mula saja macam jakun sikit. Tidak lama kemudian, macam leceh. Ye la, sebab kena letak buku di atas riba dan menulis nota pun di atas riba. Tapi tidak semua duduk di atas meja, ada yang mengambil keputusan untuk berkelah di atas lantai. Pendek kata, macam kem pelarian orang asing suasana kelas kami. Kes tidak ada kerusi di dalam bilik darjah tidak berakhir di situ. Sepatutnya, kami ada
lecture Civilisation tengah hari tadi, tetapi orang Perancis yang bijak pandai telah pun menghalang pintu-pintu
lecture hall dengan kerusi-kerusi yang hilang tadi. Tapi tidak mengapa, itu hanyalah
lecture. Semua orang tidak ambil peduli. Bagus juga mereka berbuat begitu, saya dan rakan-rakan sempat makan tengah hari. Berbalik kepada perihal tidak ada kerusi di dalam bilik darjah, rupa-rupanya hampir kesemua bilik darjah di kampus tiada kerusi. Untuk kelas Civilisation (tadi
lecture, ini kelas) juga terpaksa duduk di atas meja atau di atas lantai. Wah, barulah saya tahu bahawa orang Perancis rupa-rupanya sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan hasrat mereka tercapai. Rajin sungguh mereka mencuri kerusi-kerusi di semua bilik darjah bagi membantutkan keinginan orang yang rajin belajar macam saya pergi ke kelas. Selepas hampir empat jam duduk di atas meja dan terbongkok-bongkok menulis nota dengan tekun, belakang saya agak sakit, di tambah pula dengan err,
'time of the month', terasa ingin bertukar menjadi pontianak mengilai, supaya semua orang takut dan letak balik kerusi di tempat yang sepatutnya. Ie geram betul! Sakit belakang ku. Agak-agak, kenapa mereka tidak mengambil kerusi di dalam bilik darjah kelas Mandarin?
Juliette xxp/s : 16 more days to go!~Listening to : Longer - Babyface
5 commentaires:
huhu.kesian je. seb baik tak bertukar kan? kalau tak jd pontianak paling cute kot. huhu.
di malaysia pn da terikut2 da ngn trend mcam ni. tak dpt bersidang kat dlm dewan,kat bawah pokok pn jd. sangatlah desperate. gila kuasa. :D
maaf sekiranya comment berbaur politik. :D
kalo yana jd pontianak
leyh la terbang redah laut balik mesia
teeehheeee
aneh. kenapa diaorang buat macam tu?
part of the strike that you mention before ke?
kenapa diorang amik sume kerusi tu lynn??
still tak paham...
haha...
kerusi kerusi itu di ambil sebab nak kasi org jangan belajar. part of the strike lah kononnya. menyusahkan org diorg ni. huhu.
Enregistrer un commentaire