jeudi, août 21, 2008

Kisah si Badek

+Ir.Aishah Nasri bersama pari-pari Rosland+

Entri ini akan ditulis sepenuhnya di dalam bahasa melayu, ok? Ingin sekali aku ceritakan tentang si Badek. Siapa dia si Badek? Biarlah kami bertiga (Angah, **** & aku) sahaja yang tahu. Si Badek adalah gelaran yang diberikan oleh **** kepada seorang lelaki yang namanya tidak mahu kutulis disini, dan gelaran itu dipersetujui oleh Angah dan aku. Kerana nama itu memang sesuai sekali dengan dirinya. Apakah yang telah dibuat oleh pria ini sehingga diberi gelaran sebegitu rupa? Al kisah, si Badek ini telah membuat satu kenyataan yang membabitkan diriku sendiri di hadapan adikku yang tercinta (kira kutuk kakak depan adik lah ni). Adakah dia bodoh? Memang kalau diikutkan, macam bodoh tindakannya itu kerana adikku itu seorang yang setia dan tentulah dia akan memberitahu aku apa yang telah terjadi. Inilah apa orang kata, bercakap tidak menggunakan otak. Adikku sungguh berang dengan kenyataannya yang berkaitan dengan diriku itu, lalu dia memutuskan untuk tidak mahu lagi keluar bersama si Badek. Itulah balasannya bila bercakap tanpa berfikir dahulu. Dan hari ini, aku terima sms daripada adikku lagi, menyatakan bahawa si Badek mengajaknya keluar minum bersama sekali lagi dan tanpa berfikir dua kali, adikku menolak pelawaan si Badek. Angah berkata, kemungkinan si Badek inikah yang terdesak (desperate?)? Sebelum ini, si Badek telah berkata bahawa diriku ini seorang yang sedikit terdesak selepas membaca entri-entri ku di dalam blog aku ini. Wahai si Badek, ini blog aku, jadi suka hati aku lah nak tulis apa pun di dalam blog ini. Kewujudan blog aku ini, untuk meluahkan segala perasaan dan emosi yang ada pada diriku, tidak kira lah semasa riang atau pun mendung. Aku juga tidak mempelawa dirimu untuk membaca blog ini. Oleh itu, kau tidak perlu lah membuat komen yang tidak masuk akal di hadapan adikku. Lagipun, kita tidak pernah bersemuka, setakat berchatting di YM, tidak bermakna kau mengenali diriku. Wajarkah kau memberi komen begitu? Walaupun diriku gedik dan sebagainya, kau tidak mempunyai hak untuk mengata di belakang ku. Dosa weyh kutuk orang! Dan aku sebagai mangsa kutukan kau yang tidak munasabah itu, tidak akan memaafkanmu (aku seorang yang berdendam). Kalau ikutkan hati yang sedang panas (dah reda dah), macam-macam yang aku ingin katakan pada kau, termasuk lah kau seorang yang bajet bagus, bak kata Angah, macam budak busuk. Oleh kerana rupamu yang macam budak busuk dan mulutmu yang mengucapkan kata-kata nista tentang diriku, Angah memang tidak teragak-agak untuk menolak pelawaanmu untuk minum bersama kali kedua. Adakah kau kecewa? Tidak mungkin kan? Sebab menurut adikku, kau adalah orang yang tidak pernah serius apabila berkasih. Jadi, aku rasa kau seorang yang tidak mempunyai perasaan. Maaflah jika kata-kataku ini agak keterlaluan. Bukan niatku untuk menyinggung perasaanmu, tetapi kau yang mulakan dahulu. Kesimpulannya wahai si Badek, jangan bermain permainan dengan perempuan-perempuan yang boleh bermain lagi bagus (don't play games with girls who can play better), ok? Dan, orang kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. JIBAUK! Sekian, terima kasih.

Juliette xx

Listening to : So What Gitu Loh - Saykoji

3 commentaires:

Anonyme a dit…

yeahh.. memang betul pn.
ni la golongan manusia yg bercakap tanpa menggunakan otak. biarkan je manusia macm nih. die memperbodohkan diri sendiri dpn org.
patutnye yana tulis je nama die. siap highlight lg. biar die sedar skit yg die tu bodo. haha.


p/s. harap2 leh anta comment.

Anonyme a dit…

wahh.at lasttttt
dapt comment.
haha
;D

Amar Hafizi a dit…

okeh! entry kali ni sgt paham! truskan entry berbahasa melayu utk kali kedua!!! yeah! hihihi