Saya mempunyai seorang rakan yang gemar melarikan diri apabila masalah datang mengganggu. Hari ini, baru dia sedar bahawa perbuatan melarikan diri itu tidak mendatangkan faedah terhadap dirinya sendiri. Dia merasakan sudah terlambat untuk memulakan hidup baru. Saya cuba mengingatkan dia bahawa hidup itu singkat, jika kita terlalu sibuk melarikan diri, kita mungkin akan terlepas peluang-peluang yang berharga dalam hidup ini. Saya juga mengingatkan dia supaya tidak lagi lari dari masalah yang datang, tetapi menghadapinya dengan hati yang terbuka, lupakan kisah lalu, mulakan hidup baru. Ya, memang sukar untuk melupakan kisah lama, bukan? Tetapi sampai bila mahu mengenangkan kisah itu? Hidup ini macam buku, babak lama perlu ditutup, dijadikan kenangan dan pengajaran, lembaran seterusnya pula dibuka untuk dicoret dengan warna baru. Kita yang tentukan arah hidup kita. Kalau kita benar-benar mahukan sesuatu dalam hidup ini, kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Rintangan akan sentiasa hadir, melarikan diri darinya hanya akan membawa kita lebih jauh dari apa yang kita mahu.
Tidak sukar, bukan? Putus asa juga bukanlah jawapannya. Orang yang berputus asa adalah orang yang gagal. Mahukah kita dipandang rendah oleh orang lain kerana kegagalan kita? Atau dihormati orang lain kerana kesungguhan kita mencapai apa yang diimpikan? Mestilah yang kedua, bukan? Semua orang mahu dihormati. Tiada siapa yang mahu dipandang rendah. Jika mahu dihormati, kita mestilah menunjukkan bahawa diri ini layak untuk dihormati. Hanya kita yang tahu bagaimana untuk memperoleh kehormatan itu. Mereka yang lain pula akan menghakimi sama ada kita patut atau tidak memperolehinya.
Satu lagi soalan yang selalu bermain di fikiran saya; perlukah kita berasa khuatir dengan apa yang orang fikir tentang diri kita? Biarlah mereka berkata-kata. Apa salahnya, bukan? Ia membuatkan kita menjadi terkenal sebentar! Membuktikan kewujudan kita di muka bumi ini. Sekurang-kurangnya diri kita dikenali, walaupun mereka menjaja cerita buruk. Kalau terbukti ia khabar angin, sudah tentu, lambat laun, khabar itu akan hilang begitu sahaja. Orang yang suka berkata-kata mengenai perihal orang lain sebenarnya mempunyai penyakit dengki yang sukar diubati. Jadi, mengapa kita perlu khatir?
Soalan ketiga, apakah wajar kita membalas dendam terhadap mereka yang berbuat tidak baik kepada kita? Bak kata pepatah inggeris 'Revenge is a dish best served cold'. Saya seorang pendedam dan sukar sekali memaafkan kesilapan orang lain terhadap diri saya. Tetapi saya jarang membalas dendam, sebaliknya, saya percaya kepada 'karma'. Saya yakin bahawa mereka yang berbuat jahat kepada insan lain akan mendapat balasan setimpal suatu hari nanti. Mungkin bukan sekarang, mungkin bukan pada diri mereka sendiri, tetapi mungkin di kemudian hari, mungkin akan terjadi kepada ahli keluarga mereka jika bukan diri mereka, mungkin pada anak, isteri, kakak, adik, abang, ibu bapa, atau sesiapa sahaja. Ya, saya seorang yang tidak berperikemanusiaan bila bercakap tentang hal sebegini. Seseorang yang rapat dengan saya selalu berkata "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Ada benarnya apa yang dikatakan itu. Terima kasih saya ucapkan kepada dia. =)
Dan, kepada mereka yang pernah menyakiti hati saya, menghancurkan hidup saya, terima kasih juga saya ucapkan kepada anda, kerana tanpa anda, saya mungkin masih belum matang untuk menghadapi kehidupan hari ini. Walaupun saya masih bercakap atau berkomunikasi dengan anda yang telah membuat onar di dalam hidup saya, janganlah terpedaya kerana saya tidak pernah dan tidak akan memaafkan anda. Saya juga sudah tidak marah kerana saya tidak nampak untung di sebalik kemarahan yang berterusan. Saya hanya akan duduk di sini, barangkali dengan menggoyang kaki, sambil melihat 'karma' melaksanakan tugasnya. Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Apa yang anda beri, akan dipulangkan kembali kepada anda suatu hari nanti. Jadi, apabila ia berlaku kepada anda di masa hadapan, janganlah merasa terkejut kerana anda memang layak menerimanya. Sudah saya katakan, saya seorang pendendam, bukan?
Baiklah, saya rasa sampai di sini dahulu catatan saya pada hari ini. Saya ingin memikirkan penyelesaian kepada perkara-perkara yang membuat saya menjadi bingung. Selamat malam, semua!
Listening to : No Apologies - Alanis Morissette
7 commentaires:
hey babe, jessica here just wanted to sa hi, so hi =)
Selain dendam.
Cik Hati juga percaya pada karma.
Tentang apa orang lain cakap, biar pi lah kat depa..
Sebab, kalau asyik nak senangkan hati orang lain ; sampai bila-bila pun mereka tak akan puas. Dan bagaimana pula kemahuan kita? Mahu diletakkan di mana? Dalam baldi?
He-he.
messy_CHP : Kalau dah jumpa penyelesaian silah update. he-he
wah.. sungguh memberangsangkan entri kali ni yer.. Betul juga ya... Tapi, satu aje... I'm not sure whether I am pendendam or not... But kalau terasa hati ke ape, I tend to keep it on myself... Itu la, macam mane org balas dendam yer?....Selalu tgk TV berbunuh2 jer... Haha.. BTW, bagus bagus... marilah kita sama2 mengagungkan bahasa ibunda kita... Walaupun u kat france... Ngeh3... Minggu ni macam minggu bahasa pulak...
why so serious..??
:P
dedam tu macam api dalam sekam. tak nampak tapi lama-lama membakar diri. tak baik untuk kesihatan. hehe :)
jess : hi babe! thanks for dropping by. =)
cikhatipecah : betul kan? agaknya kan, selama ni saya selalu beri muka and people took it for granted. they don't know how to appreciate. so starting from today, i'm going to stop caring for others, except for my loved ones of course. jawapan sudah ditemui. akan ditulis di entri yang akan datang. =)
irma : i tend to keep things to myself juga dulu. and i hold grudges. i don't forgive and never forget. tapi tak lah sampai berbunuh². hehe. a ah mengagungkan bahasa ibunda sekali sekala. =)
shahril : ye sudah sedia maklum. takpe. pendendam but i dont seek revenge. i just let destiny takes its course. what goes around comes around kan? theres nothing for me to worry about. =)
tidak dapat tidak setelah membaca, saya menyokong dan bersetuju 100% dengan apa yang anda pilih untuk taipkan dan sampaikan.
saya juga sering terpaksa membina dan belajar erti hidup berdasarkan dugaan dan ujian yang tak diundang.
akhir kalam, moga semua pihak sentiasa menerima balasan yang sepatutnya, baik yang berbuat baik mahupun berbuat buruk.
sekian. merci beaucoup!
waa lynn..i cant believe u wrote that! mcm karangan spm ok..anyway, i dunno whts running into ur mind but just wanna say, dont stress urself out sgt ok. and yes i agree with u, tak payah give a hood sgt to wht ppl say about us. it only makes us popular je among them. just belive in yourself. and yes i agree with u jugak yg i cant forgive n forget. well sometimes to forgive juga tp forget tak boleh la. and pendendam juga. sometimes bila kita dah blas dendam, br rasa puas and br leh forget about it. hehe. so its normal, although its not a good thing to do.
Enregistrer un commentaire